dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Cyber Hygiene Bulan Kesedaran Phishing & Scam

25 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2026, seorang peserta telah menyertai webinar cybersecurity bertajuk “Cyber Hygiene Bulan Kesedaran Phishing & Scam”. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber serta kepentingan melindungi data peribadi daripada ancaman penipuan dalam talian.

Melalui sesi bertemakan “Nombor, Link & Gaya: Di Sebalik Taktik Scammer”, peserta didedahkan dengan pelbagai kaedah yang digunakan oleh penjenayah siber dalam menjalankan aktiviti penipuan. Antaranya termasuk cara mengenal pasti pautan yang meragukan, mengenali nombor telefon scammer serta memahami modus operandi yang sering digunakan dalam kes phishing dan scam.

Selain itu, peserta turut mempelajari langkah-langkah keselamatan secara praktikal menggunakan telefon pintar bagi membantu melindungi maklumat peribadi dan kewangan. Sesi ini memberi penekanan kepada amalan cyber hygiene seperti tidak berkongsi maklumat sensitif, menyemak kesahihan sumber, serta sentiasa berwaspada terhadap mesej atau panggilan yang mencurigakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.